Ini lah aktiviti saya hujung minggu ni. Menaiki bukit Panorama =) dan dan paling teruja sekali bila saya dapat memakai kasut baru saya itu. Sangat membanggakan prestasi kasut saya itu kerana tidak terkopak semasa menaiki bukit tersebut. Tak seperti dahulu. YEAY ! :'D
Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan (itu sudah pasti) , saya menaiki bukit nih sambil ditemani hujan yang renyai pastu lebat lepas tu renyai balik. Memang tak berhenti. Sebab tu lah saya sekarang macam nak demam. hukhukhuk :( Tapi nasib ada penyelamat atau lebih dikenali sebagai hero saya, Encik Kesayangan. Setia je berada di sebelah. Walaupun jauh sanggup datang. Nak bagi saya ubat, nak tengok saya makan ubat, supaya sihat cepat.hehe Tak sedap hati, hati tak tenang katanya.hehe :D Terima kasih byk2 my dear :) Thanks a lot!
Memang memenatkan sebab tidur hanya 2 jam sahaja. Hari jumaat lepas kelas petang habis, lepas maghrib je pergi Kuantan. Hantar rum8 dan beli barang2 utk makan before naik bukit. Punyalah semangat nih.. haha Balik2 dah pukul 12 malam. Pukul 1,30 pagi sedap tidur di buai tak mimpi pun. Pukul 3.30 pagi saya n bai (rum8) bangun utk masak ayam goreng, roti bakar. Manakala kawan bai masak hotdog, nugget. Fuiyooo sedapnyeeeee. Lapar pulak tetibe.hehe.. Naik bukit pukul 8 pagi. Oleh kerana hujan lebat, tak sempat lah nak tengok sunrise. :( Kami breakfast kat kedai berdekatan dengan Bukit Panorama tuh dulu.
Time naik bukit memang lah mengah nak muntah dibuatnya.haha.. Nasib aku minum air teh tarik je tadi. Bukan dengan nasi lemak berlaukkan telur mata dadar yg sedap gyle kalau tengok! haish...terliur tahu. Tapi tahan je lah. Nak naik bukit mana boleh makan banyak2. Cukup sekadar roti sudahhh.... Naik bukit pukul 8 pagi. Tangkap gambar dah bape jam ntah. Satu tangga satu snap. Memang payah lah kan.haha Alamat kitorang turun dalam pukul 10 pagi. Then, sempat pergi muzium kat situ. Bergambar lagi. heheh. Balik bilik pukul 1 petang. Kemas bilik, basuh kasut baru (sayang benor nampak), cuci baju. See see? memang takde rehat kan.... Petang tu pulak dating dengan Encik Kesayangan. hehe.. Walaupun penat, tapi dah berjalan dengan yang tersayang tak terasa langsung penat!lalaala.. Balik je terus buat homework. Tapi tak sampai setgh jam kot dah tak larat dah. Awal gila aku tidur. 10.30 mlm ye , 10.30 mlm. zzzzzZZZZZ
Tidur 12 jam. Esok pagi kaki lenguh,sakit, tekak terasa perit, selesema, batuk2, dahi, badan panas.haishhhh memang xleh kena hujan langsung badan aku ni. lemah. Hurmmm jadi terpaksa lah mengadu dekat yang tersayang.hahaha.. Kesian kamu. huuu.. Tak pasal2 kamu datang jenguk saya. Sory tau tau. Lagipun saya tak expect langsung pun kamu nak datang. Terima kasih sekali lagi. Nanti saya bagi upah ye :P
Ok lah, banyak betol membebel entry kali ni. Pokoknya memang bestttttttt sangat. Saya pun tak pasal2 dapat kenalan baru. GENG BAI. and tak lupa Cik Pah and anak lelakinya yang peramah tu. Ada jeeeee dia nak cakap kan. Terima kasih semuaaaaa :)
Layan gambar jummmm.....

Cantik kan pemandangan nih? Kalau tengok dengan mata sendiri subhanallah, sangat cantik ciptaan Allah. :)

Kabus merata-rata je. Macam kat luar negara. haha *verangan

Tetibe jadi model gula2 mentos.hahaha sume orang pandang and gelak time nih. Malu tapi tetap berkeyakinan tinggi. haha.. Sebab mentos ni lah bagi tenaga kat aku untuk sampai ke puncak. ceh wah! ayat nak lebih je.

Budak ni baru form 2. Tapi tinggi daripada aku.haishhh betapa pendeknya aku, aku rasa.huuu
hai budak sazuan.haha nak jadi adik angkat akak tak?:P

satu tangga naik satu gambar ditangkap.hehe ok.tipu.

Aku dah macam geng dorang jeee. Padahal aku orang asing kat sini. Rum8 bai je. haha sibuk je kan? tapi layankan jeeeeee :))) diorang pun okay je dgn aku. So, apa ada hal? kan? :P


3 orang lelaki tu tak kenal pun. Minta tolong nak tangkap gambar je. Tibe2 dengan selambanye diorang pun masuk jugak.hahaha

Ni lah rum8 saya, bai :) thankyouuu ye amoi, sebab ajak saya pergi naik bukit nih.heehe
(panggil amoi sebab dia chinese look! :D )

Bai, Kak ecah and me! :)


budak ni lah pemandu pelancong kami.heheh



Muzium Sungai Lembing


Ni antara yang ada di muzium tersebut.

Model purse Vincci and tudung corak comel baru pulak.wewittt.hahaha






sempat lagi berhenti before balik.haha sabo jelah. hujan2 pun redah jeee.. mana lah tak demam. haish
Tapi apa-apa pun memang seronok!!! Alhamdulillah semuanya tiada apa2 buruk yang berlaku. Pengalaman sangat berharga. Perkenalan yang pertama. Tak dapat dijual beli dimana-mana. Persahabatan pun tak dapat di tukar dengan wang semata. Sangat istimewa. Hidup hanya sementara. Rebutlah peluang mencari pengalaman dan kenangan yang terindah di dunia ini selagi nyawa masih ada. =)